Skip to main content

Kisah RM1


Kisah RM1 : Pernah dengar tentang kisah ni? Saya tertarik dengan konsep kisah RM1 ni. Mengisahkan tentang hikmah di sebalik perkongsian ilmu, bukan pertukaran nilai wang RM1 tu.

Bagi yang tak pernah dengar Kisah RM1 ni, ok begini ceritanya..


"Saya ada RM1, awak ada RM1. Kalau kita tukar suka sama suka RM1 tu, kita masih lagi dapat RM1 di tangan kita masing-masing..."

Tapi..bagaimana kalau begini...

"Saya ada 1 ilmu dan awak pun ada 1 ilmu. Kalau kita bertukar-tukar ilmu tu, masing-masing akan ada 2 ilmu..."

Betul tak?

Perbuatan yang sama tapi hasilnya tak sama. Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya perkongsian ilmu tu dalam kehidupan kita semua. Nilai wang pun tak dapat nak digandakan sebagaimana kita gandakan ilmu.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari segala ilmu yang kita kongsikan bersama. In Shaa Allah..


Oh ya, hari ni nak berbuka dengan apa yer? bagi yang takde idea apa kata kalau anda cuba resepi bubur lambuk Azimah ni. Heheheee..

Comments

Popular posts from this blog

Al Fatihah buat Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali @ Prof Izzi

Assalamualaikum & salam sejahtera : Terkejut kak Zee bila dapat tahu Prof Izzi ( Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali ), pakar Motivasi terkenal di Malaysia telahpun pergi menemui Pencipta kita pada hari Jumaat 24 Jun 2016 ( jam 12.45 tengahari ). Perginya juga ialah pada tanggal 20 Ramadhan. Ya Allah..

Resepi Roti Jala Azimah

Resepi Roti Jala Azimah : Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni kak Zee nak share resepi Roti Jala Azimah pulak. Bahan-bahan yang diperlukan:

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera: Sempena sambutan Nuzul Quran , 17 Ramadhan (di Malaysia) apa kata mari kita Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa di sebalik Penurunan Al-Quran . Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah. Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai