Skip to main content

Potensi Diri Tidak Terhad (Bahagian 1)

Potensi Diri Tidak Terhad : Wahai saudaraku, bergembiralah kalian, kerana kita adalah makhluk Allah yang paling baik dan paling mulia di sisi-Nya. Tidak ada kesamaan taraf diantara kita dan makhluk-Nya yang lain, seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kita adalah semulia-mulia ciptaan-Nya. Kita juga merupakan khalifah di muka bumi ini.

Saudaraku, sudah terang dan dapat dilihat, manusia adalah makhluk Allah yang paling bijak dalam menentukan
hidup. Kita mampu berevolusi dan menambah-baik apa yang kita lakukan. Dari dahulu, kita sentiasa mencuba pelbagai perkara baru dan mencipta benda baru.

Kita juga manusia yang sentiasa mahukan ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini.

Jadi, apakah kaitan potensi diri dengan rahsia untuk hidup tenang, bahagia dan gembira? Kenapa saya mahu perkatakan mengenai perkara ini? Sebenarnya, perkaitan mengenai potensi diri amatlah rapat. Kalau kita tak tahu apa potensi diri kita yang sebenar, bagaimana kita mahu hidup dengan tenang, bahagia dan gembira?

Setiap dari kita ada potensi diri yang berbeza-beza. Anda dan saya mempunyai mempunyai potensi diri yang tak sama. Begitu juga kita dan para pemimpin, para ulama dan ibu bapa kita.

Dalam proses untuk mengetahui apa potensi diri kita yang sebenar, kita perlu kenal diri kita dahulu.... Mungkin anda akan terfikir,

"Aku belum kenal diri akukah?"


Kenal Diri

Nak tahu anda sudah kenal diri anda atau belum, cuba tanya diri anda,


  • Kenapa aku lahir ke dunia ini?
  • Apa yang aku sedang lakukan sekarang?
  • Apa perkara lain dari yang lain yang aku pernah buat?
  • Siapa yang ada di sekeliling aku?
  • Sumbangan apa yang aku dah lakukan kepada kedua ibubapa dan ahli keluargaku?


Persoalan-persoalan sebegini  hanyalah sebahagian daripada soalan yang akan menunjukkan sebahagian diri anda. Masih ada banyak lagi persoalan yang perlu anda jawab, sehingga anda tahu siapa diri sebenar anda. Perjalanan 1000 langkah bermula dengan satu langkah kecil.

Sebelum saya memulakan penulisan blog saya ni, saya juga sentiasa tertanya-tanya, "Siapa diri aku ini?" Kemudian, saya mula mencari apa yang terselindung di sebalik diri saya yang bernama Noor Azimah Md Nor ini?

Saya membaca pelbagai jenis buku, dengar pelbagai ceramah motivasi, ceramah agama dan sebagainya. Saya tahu sedikit mengenai diri saya. Ternyata, masih banyak yang perlu diterokai dan dicerahkahkan.

Saya tak berhenti di situ. Proses untuk mengenali diri sentiasa diteruskan. Saya mahu tahu dan kenali diri sendiri. Kata orang, kita akan lebih sayangkan diri apabila kita mengenal diri sendiri. Ya, benar. Apabila kita kenal siapa diri kita, kita akan lebih sayang dan menghargai diri kita kerana kita menerapkan hakikat  ke dalam sanubari kita.

Apa akan jadi kalau kita tak kenal siapa diri kita?

Pertama, kita mungkin tidak dapat mengetahui apakah potensi diri kita. Sudah pastinya kita tak dapat keluarkan sesuatu yang hebat, yang sedang tersembunyi di dalam diri kita.

Kedua, sifat sayangkan diri kita tidak dapat diterapkan. Maka, tak hairanlah ramai orang yang sanggup memusnahkan diri sendiri dengan benda-benda negatif. Arak, dadah, mencuri, merompak, merogol dan pelbagai lagi. Sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri sendiri. Nauzubillah...

Ketiga, kita sukar untuk menghargai apa yang kita miliki dan apa yang ada di sekeliling kita. Seperti kata-kata seorang pakar motivasi, Prof Muhaya...

"Apa yang ada di dalam diri kit, mencerminkan apa yang berada diluar." - Prof Muhaya.

Ini bermakna, jika baik dalaman kita, maka baiklah luaran kita. Apabila luaran kita baik, sudah pasti yang berada di sekeliling kita juga baik. Dengan cara ini, kita akan lebih menghargai apa yang ada di sekeliling kita.

Apakah ada orang yang kehidupannya setiap hari dipenuhi dengan perkara negatif, seperti hasad dengki, iri hati dan berdendam? Itu membuktikan yang orang tersebut tidak menghargai apa yang dimilikiny. Dia hanya tahu merosakkannya. Merosakkan hubungan dengan orang lain. Merosakkan harta benda dan bermacam-macam lagi.

----bersambung----


Sumber : Majalah Jootawan | Edisi 5, Feb 2015 | oleh: Shah Othman , penulis buku "Bongkar Seni Memikat Pelanggan".

Comments

Popular posts from this blog

Al Fatihah buat Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali @ Prof Izzi

Assalamualaikum & salam sejahtera : Terkejut kak Zee bila dapat tahu Prof Izzi ( Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali ), pakar Motivasi terkenal di Malaysia telahpun pergi menemui Pencipta kita pada hari Jumaat 24 Jun 2016 ( jam 12.45 tengahari ). Perginya juga ialah pada tanggal 20 Ramadhan. Ya Allah..

Watak Kartun pada Kuih Pau

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Lama kak Zee tak update blog ni. Rindu pulak rasanya nak update tentang resepi-resepi terbaru kak Zee.. Tapi tak sempat lagi nak rekod. Tadi tengah search cari idea nak buat kuih pau di Youtube terjumpa pulak kuih pau yang hipster ni. Macam-macam idea boleh dibuat dengan kuih pau ni yer. Boleh la kak Zee cuba buat pau hipster macam ni. Sangat sesuai untuk majlis ulang tahun kelahiran anak-anak. Video ni dari indonesia dibuat oleh Diana Cahya ? terkejut kak Zee tadi ingatkan adik kak Zee Cahaya Diana yang buat. Kalau dia buat memang tekejut beruk la... hahaha.. Ok2 hanya orang tertentu jer faham. Apa-apa pun jom kita layan sama2 video ni. Watak Kartun pada kuih Pau yang sangat menarik..

Jahitan dan Sulaman Manik #1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Jahitan dan Sulaman Manik #1 : Di bawah ini adalah contoh jahitan dan sulaman manik #1. Hanya jahit sulaman manik pada pergelangan tangan sahaja.  Kebiasaannya jahitan dan sulaman manik bukan hanya dijahit pada baju baru sahaja, tapi baju lama pun boleh jika nak nampak baru boleh tambah jahitan manik. Hehehehe.. Macam yang kak Zee buat ni lah.. Amacam? Ok tak?