Skip to main content

Al Fatihah buat Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali @ Prof Izzi


Assalamualaikum & salam sejahtera : Terkejut kak Zee bila dapat tahu Prof Izzi ( Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali ), pakar Motivasi terkenal di Malaysia telahpun pergi menemui Pencipta kita pada hari Jumaat 24 Jun 2016 ( jam 12.45 tengahari ). Perginya juga ialah pada tanggal 20 Ramadhan. Ya Allah..
hari mulia.. bulan mulia.. semoga Syurga lah tempat Allahyarham.

Allahyarham Prof Izzi sebelum ini sangat terkenal dengan tagline nya "Renung-renungkan dan selamat beramal..". Itu yang kak Zee sangat kenal dengannya yg pernah terkenal di corong radio satu masa dulu.

Bila tengok fanpage beliau terasa sayu jer sebab banyak posting2 yang seolah-oleh beliau sudah tahu beliau akan pergi meninggalkan kita. Antara post terakhir Allahyarham..



Mengenai berita kematian Allahyarham Prof Izzi yang kak Zee tahu, arwah dikatakan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat sakit angin akhmar (strok).

Allahyarham adalah seorang bekas pensyarah Matematik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis dan dilaporkan bersara sejak setahun lalu.

Apa-apa pun..

Marilah kita sama2 doakan yang baik2 ke atas Allahyarham..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

"Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka."

الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن


  

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Watak Kartun pada Kuih Pau

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Lama kak Zee tak update blog ni. Rindu pulak rasanya nak update tentang resepi-resepi terbaru kak Zee.. Tapi tak sempat lagi nak rekod.

Tadi tengah search cari idea nak buat kuih pau di Youtube terjumpa pulak kuih pau yang hipster ni. Macam-macam idea boleh dibuat dengan kuih pau ni yer. Boleh la kak Zee cuba buat pau hipster macam ni. Sangat sesuai untuk majlis ulang tahun kelahiran anak-anak.

Video ni dari indonesia dibuat oleh Diana Cahya ? terkejut kak Zee tadi ingatkan adik kak Zee Cahaya Diana yang buat. Kalau dia buat memang tekejut beruk la... hahaha.. Ok2 hanya orang tertentu jer faham. Apa-apa pun jom kita layan sama2 video ni.

Watak Kartun pada kuih Pau yang sangat menarik..







Resepi Bubur Lambuk Azimah

Resepi Bubur Lambuk Azimah : Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sempena bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia nie saya ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi yang beragama islam…Semoga segala amalan dan ibadah yang dilakukan diterima serta mendapat keberkatan dan rahmat-Nya..Insha Allah…. Mudah-mudahan…

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang sering saya buat bila tiba time puasa… Apa lagi kalau bukan bubur lambuk… Resepi asal nie saya dapat dari

Jahitan dan Sulaman Manik #3

Jahitan dan Sulaman Manik #3: Ini adalah contoh untuk jahitan dan sulaman manik yang ke3 kak Zee post di sini. Cantik tak? Boleh klik di atas gambar untuk melihat lebih detail sulaman manik yang kak Zee buatkan ni.