Skip to main content

Al Fatihah buat Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali @ Prof Izzi


Assalamualaikum & salam sejahtera : Terkejut kak Zee bila dapat tahu Prof Izzi ( Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali ), pakar Motivasi terkenal di Malaysia telahpun pergi menemui Pencipta kita pada hari Jumaat 24 Jun 2016 ( jam 12.45 tengahari ). Perginya juga ialah pada tanggal 20 Ramadhan. Ya Allah..
hari mulia.. bulan mulia.. semoga Syurga lah tempat Allahyarham.

Allahyarham Prof Izzi sebelum ini sangat terkenal dengan tagline nya "Renung-renungkan dan selamat beramal..". Itu yang kak Zee sangat kenal dengannya yg pernah terkenal di corong radio satu masa dulu.

Bila tengok fanpage beliau terasa sayu jer sebab banyak posting2 yang seolah-oleh beliau sudah tahu beliau akan pergi meninggalkan kita. Antara post terakhir Allahyarham..



Mengenai berita kematian Allahyarham Prof Izzi yang kak Zee tahu, arwah dikatakan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat sakit angin akhmar (strok).

Allahyarham adalah seorang bekas pensyarah Matematik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis dan dilaporkan bersara sejak setahun lalu.

Apa-apa pun..

Marilah kita sama2 doakan yang baik2 ke atas Allahyarham..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

"Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka."

الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن


  

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Roti Jala Azimah

Resepi Roti Jala Azimah : Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni kak Zee nak share resepi Roti Jala Azimah pulak. Bahan-bahan yang diperlukan:

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera: Sempena sambutan Nuzul Quran , 17 Ramadhan (di Malaysia) apa kata mari kita Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa di sebalik Penurunan Al-Quran . Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah. Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai